Wednesday, April 8, 2015

APAKAH KEISTIMEWAAN UNTA?

1) Dengan ciri-ciri istimewa Allah s.w.t anugerahkan terhadap kulit dan sistem pertahanan dalam badannya, unta berupaya untuk bertahan sekiranya suhu dalam badan berubah secara mendadak sehingga 7°C (i.e. dari 34°C kepada 41°C). Unta hanya akan berpeluh apabila suhu badan naik sehingga 41°C. Berbanding dengan manusia apabila suhu badan melebihi 37°C, besar kemungkinan ini akan mengakibatkan kematian.Sementara itu, pada malam hari badan unta akan mengeluarkan haba ke udara luar yang sejuk tanpa menghilangkan air dari badan. Mekanisma seperti ini mampu untuk mengekalkan sehingga 5 liter air di dalam badan.2) Tubuh badan unta memiliki sistem yang boleh memproses airnya sendiri apabila tidak terdapat sumber air untuk dijadikan minuman. Bonggol yang terdapat pada belakang unta sebenarnya mengandungi lemak yang boleh diproses mengeluarkan air untuk digunakan oleh sistem tubuh badan unta.

Apabila unta menarik nafas yang mengandungi udara panas daripada persekitaran, udara panas ini akan mencairkan lemak yang disimpan pada belakang unta secara perlahan-lahan. Proses pembakaran lemak (oksidasi) ini akan menghasilkan air dan karbon dioksida yang dikelarkan semula apabila unta menghembuskan nafas keluar.
Unta boleh menyimpan lemak pada bonggolnya melebihi apa yang disimpan oleh haiwan-haiwan lain. Berbanding dengan haiwan lain seperti kambing biri-biri yang terkenal dengan punggung yang berisi, ianya hanya boleh menyimpan kandungan lemak sehingga 11kg sahaja. Seekor unta boleh menyimpan sehingga 120kg lemak di dalam bonggolnya. Dengan simpanan lemak sebanyak ini, unta mampu hidup tanpa air di gurun yang panas dan kering selama sebulan setengah tanpa meminum air. Jika diperhatikan, bonggol unta yang kehabisan lemak apabila digunakan sepenuhnya akan mengempis dan membengkok ketepi.